Wednesday, March 30, 2011

Teluk Senangin a.k.a my Saipan Island

Assalamualaikum .
 Ahhh .. dah lama agaknya aku tidak menekan-nekan keyboard untuk mengepost entry baru nih . hehe . biasala kan aku ni bila mai mood malas tahap ta hengat memang aku takmaw buat hapa dah . rutin aku tetiap hari hanya lah membuka facebook dan twitter sahaja , dan blog pulak aku memang dah lama tak bukak . ish2 tak patut kan . aku menganak tiri kan blog nih . aigoo .

Woraitt . malam ini angin bayu mana tah telah sampuk aku membuatkan aku kembali mencoretkan entry baru . hehe . Selain tu , ak kena beletiaq ngan  mama aku sama . dia kata aku ni dah lama tak hupdate blog . hehe . sori ma , cheq malas la . tapi malam ni tergerak hati aku nak tulih entry pulak ^_^ . so let's check it out !

Kat sini sesaje la aku nak uar-uarkan tempat bercuti yang aku pegi dengan family aku cuti sekolah yang lepas . fuh , tempat ni memang best ! sumpah tak tipu , aku dah pegi sana 4 kali dah . teluk senangin ni dekat2 dengan lumut, pangkor lah . konfem korang tawu kan kat mana lumut tu . tipulah kalau sesapa yang tak tawu tu . cantik pantai dia .



Then bila mo0d dbsk / tvxq aku menyerang maka terjadilah gambar-gambar begini :) kekeke .

Lastly , sebenaq nya aku malas nak tulis banyak , so aku letak gambaq aje la . hehe . mata aku berat sgt nih , dah tenampak-nampak bantal katil . kekeke . 


tatatititutu . till we meet again . assalamualaikum :)



Monday, February 14, 2011

Tanam Anggur itu best la

assalamualaikum semua ! haha . tetiba aku rasa nak gelak guling-guling sampai jatuh tangga bila baca tajuk entry aku nih. nak tawu kenapa ? baik2 meh aku cita dari A smpai J ja la. tak bole cta bnyk2. sebab ini melibatkan banyak pihak jugak. aib orang kita kena jaga, right ? aku penah gak terbaca kalaw kita cuba hide orang pnya aib kat dunia ni, then insyaallah kat akhirat nanti Allah akan hide kan aib kita pula. yes, His Always be The Greatest ! really can't denied it . sebelom tu ! mari lihat gmbaq selingan . hahaha . besala bla aku dh msok mood gatai , maka terjadilah gmba ini.

boleh jadi kenyataan x ? muahahaha. *muntah ungu*

dear readers nak tawu kenapa entry di atas berbunyi tanam anggur itu best ? haha. sebabnya aku dah stat tanam anggur balik oyeah ! sure korang akan cakap, ceh budak nisa ni cepat benor putus asa , ckp x serupa bikin pulak tu. hari tu punya la terGEDIK-GEDIK dah dpt keja. skrg ni berenti pulak. OUCH !! it' really hurt la ! aiyo2 . tertusuk hingga ke lubuk jantung davy jones aku ni. hold on, hold, hold on guys. sebelum korang menambahkan lebih bnyk spekulasi ttg aku, meh aku stat cerita yea.

bila aku stat keja tu memang aku dah rasa something wrong somewhere dgn bosh aku tu. tapi aku pendam dulu dlm hati. xnak story mory gi kat kengkwn aku. lagipon x baik buruk sgka kat orang lain kan. tapi hari tu bila aku bt confession dengan hanis, maka nya banyak gila hal-hal terbaru yang terbongkar . ouch really2 hurt. then aku tanpa berpikir 2, 3 mahupun 1000 kali, 'hanis, i'm quit!' .haha . amik ko . gaya CEO Petronas aku ckp time tu . lantak la nak kata aku kerek ataw syok sendri tapi i'm really2 happy with that . oyeah ! then yang lagi best nya . hanis pon ckp mcm ni, 'nisa, i'm quit too!'. hahaahha . memang pecah econsave tu dengan hilai tawa kami dorang.

then, hanis dengan berani nya menelepon bosh kami dua nak bagitaw pasal kami pnya quit ni. fuh gla berani kwn aku sorang ni. tabik spring toink toink gla kat dya. haha . aku rasa dya ni ironlady kot. hanis ! syg gla sama kamo0. dah la dya ckp dengan bosh kami tu gaya dya pulak yang bosh. memang hebat. hahahaha . akhirnya . kami 2 pon berenti.

lagi satu sebab knpa aku ngn hanis ni quit ialah. ari sabtu lepas ada xcident depan econsve tu. gila scary aku dgaq. tu belom aku pegi tengok dekat2 gi. baik2, cuba korang bayangkan apakah yg akn jadik kpd seorang individu yang menaiki motor then dya dihempap oleh sebuah lori ais ? mati ataw tidak ? korang jwbla sndri yea . aduss . dgaq kta bdk tu pompuan lepasan spm, dtg kat ecnsve utk temuduga kerja kat situ. betollah org kata ajal x kira msa, umur, n tempat. series aku x dpt bayangkan apakah perasaan ibu bdk tu bla dengaq pasai ank permpuan dya. Al-fatihah utk arwah. semoga roh nya dicucuri rahmat.tata. assalamualaikum !

hanis , fathiah n aku . ~credit to my madu, hanis syafiqah !~

Tuesday, February 8, 2011

Ada Jugak Manusia Pesyen Nih .

Assalamualaikum dan salam sejahtera . waaa ! kalaw ampa semua nak tawu memang aku xdak mood giler nak tulih blog nih tapii besala tetiba ja tgn ni jadik gatal nak tekan keyborad ni . haha . ayat memprotectkan diri sendiri tuh . sebeno nye time aku tulih nih aku tengah BURNING UP babeh ! erh ! silap2 ! no babeh ye . tersilap pilih word tuh. aku just nak bagi tawu je . AKU MELUAT GILER SAMA MANUSIA PESYEN ITU ! hamik ko.
lihat2 series giler muka aku ketika menulis entry kali ini . cepat ikut aku ! mari kita buat straight face sesama . yeeah ! bagus2 . good job guys . haha. aku bukan nya apa cuma aku tak paham kenapa la wujud nya manusia pesyen tu kat dunia tu ? betullah perumpamaan mngatakan rambut sama hitam hati lain2 ye x? lain mnusia lain ragam . huu . ye2 aku paham semua tu . tapiiii kenapa la aku yang menjadik mangsa ? weyh BOWL ! ko p cari org len bole tak ? jgn jadikan aku mangsa ngko ! aku meluat tahu x ?! .


Lagi satu memang payah cakap ngan manusia yang tak paham bhs melayu ni . nak kata aku guna bhs ibunda tu , aku dah guna , english pon dah berhabuk aku ckp sama dya ? korea pon aku dah hentam. nak suruh aku cakap bhs URDU pulak ka ? huh ! aku campak ko pegi afrika baru taw. dok ngan menatang2 kat situ . diorang pon tak paham pa bahasa ko tu . haha . aku doa ko kena baham cpt ngan jaguar2 n lion2 kat sana tu ! eh tapi best jugak kalaw aku tauk ko kat kutub utara . biaq ko membeku kat situ kan . aman hidup aku !

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS right ? dah aku x jawab call ko n reply msg ko mksudnya aku dah MELUAT kat ag la BOWL oi ! huh~sekian . saket hati aku bla ckp pasai mnusia mcm ni . tapii tula aku xmaw depressed sensorang so aku amik inisiatif lemparkan ke cni . hehe . sori ye korang terpaksa kena tempias keburning up aku nih . maaf2 . joesonghabnida ^ ^ . oke tata titi tutu . lain entry aku tulih pasai lain pulak yer . once again sorry ea . assalamualaikum . ^ ^

Friday, February 4, 2011

Tanam Anggur Tamat ~

Assalamualaikum wbt dan salam kebahagiaan semua ? waahhh !! rindu nya kat ampa semua ! haha . amacam ada bangga x aku rindu ampa nih ? eh ~ perasan diva la pulak aku malam-malam nih . haha . baik2 . di sini aku nak tanya la kat ampa semua . apa khabar ? sihat ? apa khabar iman korang ? harap2 makin hari makin bertambah la yea ~ insyaallah sesama kita usahakan ke arah itu . change to be good is not a crime . itu HLOVATE yg cakap and aku sokong 1000% . hehe .
Itu anggur manyak shedapp maa ~~

ouh pasal kehilangan dan kemissingan aku 2 3 hari ni adalah disebabkan  AKU SUDAH KERJA LA WEYH !! itu dia gaya riak tahap x ingat aku . muahahaha . mcm la ko sorang aje keja nisa oi . huh . hiperbola punya budak . ngee ~ nak buat cne dah aku mmg cmni . so sapa yang kenal aku for sure tawla aku ni mcm mana . haha .

macam biasa berbalik kepada topik di atas iaitu aku dah tamat tanam anggur ! hehe . makna nya aku suda keja la tuh . hehe . ish nak berkias ckit pon korang dah terkial-kial tak paham ~ ^ ^ . baiklah macam entry2 aku yang lepas menceritakan pahit maung aku mencari kerja dan akhirnya aku dapat juga kerja ~waaahhh such A HAPPY ENDING maa ~~ macam fairytale la pulak .

baik2 aku dapat kerja ni pun atas jasa baik sahabat aku iaitu fathiah raihana ! tenks ma ! ^ ^ .dan sekarang ni aku makin cbuk la ckit . haha . gaya mcm aku keja CEO petronas ja kan . gaji berjuta-juta tuh padahal keja besa ja pon . haha . it's okay itu tetap pekerjaan yg halal juga ~sampai cni ja la kot . penat seharian dok tengok org lalu-lalang . hehe . nnti rajin2 insyaallah aku hupdate lagi lah ya . Assalamualaikum !

mari lihat pic2 selingan yang takde kena mengena ngn apa yang aku tulih pon . haha . i like d pic so mucho la ! dast why  aku letak . haha
Always Keep The Faith guys ! ^ ^

Friday, January 28, 2011

Contest Siapa Punya Header Paling Cool



Assalamualaikum !! yo ! hehe . macam tak sopan la pulak . hehe . eh aku nak buat short entry ja nih . saja rindu kat korang semua tu yang nak tulih jugak blog ni . terharu x ? hehe . suka la tu . haha .buat pengetahuan korang semua aku just teringin nak join contest2 kat blog ni . so apa salah nya cuba ye x ? menang ataw x tu lain kira . haha . ayat bajet tuhh~ k lah here's d contest ...


sila klik picture di atas untuk terus ke blog penganjur :)



nah header aku :D:D:D
cubaan yg pertama je join contest nie pun . hehehehe .




aku tag : 

Tuesday, January 25, 2011

Kampung + Cinema = GREAT !

Assalamualaikum dan salam kehappy-happy an semua ! wawah aku sudah kembali dengan penuh misi dan visi yang baru . HAHAHA ! . amacam ada gentar dak baca ayat mukadimah aku tu . haha . eleh nisa ayat 2 3 kupang macam tu sapa nak takot .boleh jalan la . haha . eh aku tak mahu berjalan-jalan tetapi aku nak menekan-nekan keyboard PC aku ni bagi mencernakan idea-idea yang telah sekian lama tersave dalam brain aku . cepat tekan2 satgi hilang semua idea-idea nak menulis entry baru . setelah sekian lama aku menyepi , mendiamkan , mensilentkan ,dan memutekan aku punya blog ni , maka nya aku KEMBALI JUA !! amacam ada happy x jumpa aku ni ? haha . sure korang semua dah muntah hijau baca aku punya ayat kerek tu kan . haha . kesian kat korang . nah aku kasi baldi nak x ? .ekekeke . macam biasa kita merapu ikan kerapu dulu ya my readers2 . hehe . kembali kepada tajuk entry nun di atas sana iaitu Kampung + Cinema = GREAT ! apakah yang terlintas di benak kepala otak anda sekarang ini ? tell me tell me ?? nak taw ni . hehe . pasti ada yang kata 'eh mana ada cinema kat kampung nisa oi . ag ni dari zaman batu ke hapa ? tak hup to date langsung ' . baiklah my pembaca-pmbaca sebenar nya aku nak kasi tawu ampa semua yang sekarang ni kampung pon dah maju hape . spa setuju dengan aku cepat angkat kaki ! yea ! syg korang kerana bertindak x betol macam gitu . ekekeke . haha . baiklah selesai menggoreng ikan kerapu . mari kembali ke alam maya  berblog . pada hari ahad lepas aku dan kazen aku iaitu chef Najihah a.k.a kak teh G n fatin telah pergi sleep over sebanyakkkkk 3 hari 2 mlm di PJ . jauh tu kan3 ?? hanya org2 tertentu sahaja tawu betapa jauhnya PJ itu bagi aku . haha . let me tell u . sebeno nye PJ tu kg wan aku la . dekat Kepala Batas . for sure org KB mesti tawu di manakah PJ yang aku mksudkan tu . klaw xtaw jugak memang korang x layak digelar org KB . haha . kejam giler aku  mlm2 buta . sori2 aku tak bermaksud sedemikian rupa . jangan sentap yea sahabat2 KB aku .

Berbalik kepada tajuk entry , sebenar nya aku nak cerita yang aku pegi tengok wayang cte Homecoming kat sunway carnival isnin lalu . haha . saja buat tajuk entry grand2 ckit . pada hal aku nak bagi taw menda ni ja . muahahaha . tertipu korang dengan aku . yes ! 1-0 ! haha . eh memula tu kan aku ngan kezen aku ni gebang2 la nak jejak AMP Karaoke hape ntah . aku pon tak hingat . haha . weyh jangan la gelak kat aku sampai biru2 muka . ak taw la suara kami ni sesedap kate perry dan beyonce . muahahhaha ! oke hapa . kami pegi kat tempat tu . plus kami ni semua girllss aje . buat apa nak malu . no boys la . so tak menjadi aurat la kalaw kami sumbang suara yang lunak merdu ni . ekekeke . setiba nya di sana aku n kezen2 aku survey2 la harga2 nak masok pusat tu . ermmm..kami tengok macam set happy hour tu macam sesuai je sebab harga dya TULIH kat board depan tu RM14 ++ .uhh . not bad right ?! then kezen aku a.k.a kak teh pon dengan penuh semangat berkobar-kobar mcm nak naik pentas AJL pon pegi tnya kat kaunter pertnyaan tu ttg set yang kami nak tempah tu . amoi tu tnya 'u semua ada brapa olang ? ' . '3 orang sja' , jawab kak teh ku . amoi tersebut pon menekan-nekan kalkulator nya . aku tengok dya tekan tu kalah kerani pejabat tulih surat tu !! punya laju . aku pelik jugak . dya kira apa punya banyak nombor dya tekan . siap darab , tambah , bahagi tolak dan pecahan sekali . nasib baik dya tak buat index number kat situ . kalaw tidak konfem aku muntah hijau dah . haha . last2 sekali amoi tu kata . 'semua RM64++ saja ' . WHAT ???? aiyo . memang aku rasa macam nak bagi pecah meja tu . mahal tu . besala aku mai ni pon bawak 2 3 hinggit aje . mana aci bawak kad kredit dan debit segala . tak mampu tu . takpa la . kami membatalkan niat murni lagi suci nak sumbang suara kat tempat tu . ~ada hikmah la tu ~ haha . takot time kami balik nanti hujan pulak . HAHAHA .

Gebang punya gebang aku dan kak teh sama fatin pon decide nak tengok wayang aje . tu je kami mampu . huhu ~ sian kan . kami tengok crita Homecoming . orang cinema tu pon pelik bila kami kta nak tgk cta 2 . eh dik ni cta mandarin ni . eh takpala , kami nak tengok jugak , ada subtitle kan ? so no worries la bro . setelah selesai membeli tiket kami berjalan-jalan sekitar sunway tu . saja nak softlan2 kan mata nih . haha . sementara nak tggu crita mula . haha

Inilah cerita nya ! series cita ni memang lawak tahap gaban la ! pecah perut aku gelak ngan kezen2 aku tuh . hehe . tipu lah . tak smpai pecah perut pon . tapi memang lawak . aku jamin 360% punya !.kalaw tak silap aku , cta ni dah lama tayang kot tapi aku je tengok lmbt . haha . best nya jugak sebab afdlin shauki berlakon dalam cta ni . so sure korang dah tawu kan afdlin shauki tu mcm mana lawak nya . memang two thumbs toes up ! haha . eh majoriti manusia2 yang tengok cta ni time aku tgk adalah cina tawu x . kalaw x silap aku , hanya aku dah 2 kezen aku sahaja manusia bertudung dlm tu . haha . hebad x ! tapi kami lah orang yang mengegarkan panggung tu dengan hilai tawa yang ayu kalah gadis melayu . ekeke . ayat cover tuh ~haha . bagi sesapa yang belum tengok cta ni . try lah pegi tgk . konfem x boring sebab all scene dya semua lawak2 belaka . oke sampai sini je kot aku menggambarkan lawak cta nie . haha . eh sebelom tu . meet my kak teh G jeng jeng jeng ..
yeah dats her ! d green n yg stand sorg2 tu . haha . yang len tu cuma pelakon tambahan saja . hehe . saje nak memeriahkan suasana gambar di atas ni . eh oke sampai sini sahaja . jumpa d lain entry ! Assalamualaikum ~ ^_^

Tuesday, January 18, 2011

My Girlss !


Assalamualaikum dan salam kerahmatan untuk semua readers2 aku ! yea ! bersuo kito kembali yoa ! haha . pahe tak aku kecek gapo ni ? sori2 kita kembali semula kepada bhs daerah . penang language is d best ! haha . memang aku sayang gila ngan bahasa penang ni . yalah bahasa jiwa bangsa . ye tak ? tapi kekadang terbabas jugak aku cakap daerah lain . hehe . nak taw sesuatu tak ? kalaw dalam dorm kat asrama dulu memang aku ngan kwn2 aku ni suka main teka2 bahasa penang . dan aku lah selalu tnya depa ! banyak jugak la perkataan yang aku tanya depa then bnyk jugak muka-muka kelam tak tawu apo maksud dya ! maka aku pon menarik senyuman kemenangan lah sambil gelakkan depa-depa tu ." HAHAHAHA ampa tak taw !". ngeee ~~ kejam x aku ? baiklah hobi aku memang suka menggelakkan orang . bagus kan ? kan ? kan ? angguk cepat ! sekeh kepala kang . hehe . sori2 lawak saja . dan mangsa penangan bhsa penang aku ni for sure lah seorang kwn aku ni , Na'emah Ramlee ! hahaha . aku memang suka pekena dya sebab bila aku tanya ja dya for sure la dya akan kelu sejuta bahasa dan muka dya dah tarik empat belas . haha . 14 jugak dya tarik muka tu ! bukan 15 . bukan 16 dan bukan 17 ! . 14 saje yew .tapi ada jugak member-member aku yang lain taw bhs penang tu then bila aku tnya ja , cepat2 depa smash aku balek la . haha . maka nya aku pulak yang terdiam sejuta bahasa dan menarik muka 14 . haha . tula nisa ! dok pekena orang lagi ! ni ag pulak yang kena dan dan teruih sengap . haha .

Berbalik semula kepada tajuk entry aku iaitu my girlss !! haha . mcm dalam cita korea pulak tajuk nya kan . haha . kalaw taw dekat Hani Zuhairah ni sure dya kecoh punya ! haha . hani i'm writing bout korea larh !

eh tidak2 . aku bukan nya nak cerita pasai my girls korea ni . adoii aku pon tak penah tengok cta korea my girl ni . haha . sebenaq nya aku nak crita pasai my girlss dalam dorm Hawa aku dolu . huhu . yang sama2 kongsi pahit , manis , masam , payau , kelat , masin dan lain-lain lagi . sama-sama jatuh . tersungkur , tertomoih , rebah then bangun berdiri bersama-sama kembali . huhu . sweet kan kitaorang ! . hehe .Fathiah Raihana Al-Farasya ~ i pinjam ur word ea . haha . yalah masa time first2 kitaorang duduk satu dorm dulu memang tak rapat sgt . haha . masing2 ada geng masing2 . haha . then lama-lama bila kami dah sebati ,sehati , sejiwa , sekalbu , seheart , sekepala gila-gila pulak tu . maka nya sudah tidak ada tembok china di antara kami . huhu . mish u guys a lot la ! macam2 benda gila2 kitaorang buat dalam dorm tawu x ? haha . kalaw nak tawu aktiviti wajib tetiap minggu kitaorang ialah membuat kenduri dorm dan membuat sesi wakenabeb kat bebudak dorm tu . dan mangsa2 yang selalu kena wakenabeb ialah Nur Hidayah Jamaludin , Intan Nur Alia , n Ain Zainul Abidin . yang lain kena jugak tapi kes 3 orang ni berat cikit la . haha . nak buat macam mna . bnyk sgt kepala2 voldermort dalam dorm tu makanya terjadilah perkara-perkara sebegini . haha

Dan yang paling aku tak boleh lupa ialah kitaorang boleh buat konsert dalam dorm tu !! haha . eh korang jangan salah anggap . bukan kami yang nyanyi . ye2 kami tawu la suara kami terlalu sedap kalaw nak buat konsert sendiri . haha . jadi kami ambik inisiatif untuk jemput mamat2 gojes lagi meletupp kebaboomm ni iaitu TVXQ lah !! haha . dan terjadilah keajaiban di situ ! aku yang dahulu kala nya tak minat korea terus jatuh tersungkur cinta kat diorang ni . haha ! hebat betol penangan mamat2 ni . haha . sure korang pelik kan macam mana la mamat2 ni boleh masuk bilik gadis semasa2 ni kan ?? haha perasan gla ! *muntah hijau* takdelah fathiah yang menjadik mastermind nye dalam sesi kehadiran mamat TVXQ tu . dya bawak player and cd2 konsert mamat TVXQ tu . HAHAHA ! .maka nya kami tontonlah beramai-ramai konsert mamat2 tu . haha . memang time konsert tu berlangsung kami satu dorm telah bertukar rupa kepada ...... haha korang guest sendiri la no . sure gadis2 yang minat mamat2 korea ni paham perasaan kami2 ni kan ? kan ? kan ? . haha ! u guys will never understand . haha . memang macam konsert betoi tu . fuh dengan lighting n sound yang sungguh hebadd !! eh korang nak taw satu benda lagi best tak time kitaorang tgk konsert tu ? nak tak ? nak tak ? angguk cepat ! avada kedavra kot satgi ! hehe . takde lah , yg tak bole blah sgt ialah kami tengok konsert tu time minggu exam SPM masih hangat membara berlangsung . haha . hebat tak kami2 ni ? rilexx la .. sja nak reles tension . haha . apa-apa pon SPM tu dah berlangsung dengan jaya nya pon . hehe . banyak lagi kenangan2 yang kami cipta sama2 dalam dorm tu . kalaw aku crita smpai tahun 2020 x habeh kot . haha . hiperbola sekejap ~ dan aku setuju sangat2 spa yang kata TINGGAL DI ASRAMA LEBIH BEST DARI TINGGAL DI RUMAH . walaupun aku rajin jugakla fly-fly away balik ke rumah bila time minggu yang tak boleh balik ! ngee ~~pecah rahsia den . huhu . sampai sini aje lah kot . btw meet my girllss of HAWA !



we hve made a lot of memoir in NTISS !


mish u guys ! big time ~

Meet my boyshh !! ngee ~~ d TVXQ larh ! haha .

ya ! semua nya jambu2 batu sahaja kan ? haha . jambu sedap la . i like jambu what ! huhu . till then . assalamualaikum ~ ^_^

Monday, January 17, 2011

Adek-adekku sygs !

Assalamualaikum dan salam ceria-ceria selalu my readers . huhu . baiklah memandangkan 2 3 hari ni aku kekeringan dan kekontangan idea untuk menulis jadi ..aku pon sedaya upaya kerah otak bagi mencari tajuk yang sesuai untuk ditulis dan akhirnya aku jumpa juga  . oohhh at last !! sebenor nya aku tidak la mahu blog aku ni kosong sja . tanpa entry-entry terbaru maka nya aku pon bertungkus -lumus mencari idea . aha dan akhirnya aku dapat apa yang di cari . iaitu adek-adekku sayangs ! nampak sangat aku ni dah xdak idea kan sampai adek-adek sendri bole buat entry . haha baiklah selepas ini aku akan menulih pasai nenek , opah, tok wan , tok nek  , moyang , tok kepada moyang aku , nenek kepada moyang punya moyang aku .. eh sudah2 . macam biasa aku memang suka melalut yea . baik . x payah bagitaw aku . aku sudah tahu ~berbalik kepada tajuk entry di atas , di sini aku nak la bercerita serba-sedikit tentang adek-adek kesayangan aku nih . haha aku rasa konfem depa akan gelak guling-guling kalaw bca ayt aku iaitu "adek-adek kesayangan aku". nak taw sebab apa ?? sebab nya aku ni jarang sikit mengekspresi kan sayang aku kat depa-depa nih . haha besala aku kan egomaniac . xtaw lagi ? ni aku bagitaw la . tapi memang kenyataan nya aku syg sgt2 ngn depa tu cuma tak tunjuk aje . weyhh spa tak syg family sndri kan .. aku rasa orang kurang siuman pon sayang family diaorang . yelah family adalah segala-galanya bagi kita . mereka lah yang melengkapkan hidup kita ni . baiklah aku ada 3 orang adek yang mempunyai pelbagai jenis ragam , tabiat ,fe'el dan lain-lain lagi . walaupun ada 3 ja tapi aku rasa macam ada 30 orang ja . begitulah aku menggambarkan betapa brutal-brutal nya adek-adek aku ni . haha !

ADEKKU SYG YANG PERTAMA ~
KHAIRUL AUNI 


Aha . nilah satu-satunya adek permpuan kesygn aku ! comel x? comel x? xpa2 aku taw sure korang rasa aku lagi comel kan ? hahaha . hrap maaf aku perasaan sekejap ~ ngee ~ye perangai dya ni memang lain jugak la dengan aku . kalaw aku dikenali sebagai talkative dan dya pulak mutetive . ade paham ka ? haha baiklah2 aku terang cikit . memang aku ni jenih suka bercakap n merapu dan adek aku ni tak suke sangat . dya ni pendiam ckit la .haha . ckit jela tapi klaw kat rumah dya lah raja . ehe ~ sori auni ..takpe2 nak backhand kakak nnti kita buat dalam bilik . face to face ya ! haha . kalaw pasai rahsia tentang apa-apa ka aku memang suke kongsi ngan adek aku ni . yelah takkan nak cta pasai i saw my first crush kat ayah , mak , abg ataw adek 2 laki aku tu kot ? uish memang x shesuai  la ..ak citer ckit2 dah la yea . nanti korang berkenaan pulak kat dya . haha ! itu dia . aku sudah tergugat ..

ADEKKU SYG KEDUA ~
ABDUL HANNAN 


Ya itulah dia . eh jap2 bukan yang baju purple , yang baju kuning la . bju purple tu sepupu aku . haha . apa salah nya promote dua dua . inilah adik aku yang nombot 2 . tahun ni dya akan amek UPSR . jadik aku mintak la jasa baik korang semua untuk doa-doa kan dya yea . huhu . gaya dya ni memang bukan macam budak yang nak sit for exam . yalah 24 hours mengadap menatang 4 segi ni . keja main game ja . adoii aku pon naik rimas . mana tak nya aku pon x bole la nak on9 kalaw dya dok men game tu . kacau daun betol . haha . tapi yang best nya adek aku ni dya memang seorang listener yang baik . and kalaw nak ajak buat menda jahat pon bole jugak haha . memang terbaikk la ! n lagi bestnya kanak-kanak ni dya adalah seorang animal lover~ memang syg sgt2 dya dengan haiwan ni . bagi je lah apa jenis binatang ni semua dya suka . huhu . dan dya memang suka pekana aku dengan cara membaling katak yang dya jumpa kat celah-celah rumput kat umah aku tu . maka bertempiaran lah lari aku , auni n mak aku ni  . aiyo sapa x geli katak ! eiiii geli geleman ..

ADEKKU SYG YANG KETIGA~
ABDUL AZIZ 
Meet my men ..hehe silap2 meet my adek ku yg last aziz . dya ni memang best ! apew yang best ?? haha sebab dya ada persamaan dengan aku ! eh bukan persamaan jantina . persamaan perangai la . pe lah ampa ni pikiaq bukan2 . hehe . dya ni suka bercakap n merapu macam aku jugak . haha . like sister like little brader la kan . yeah hari ni kita blaja idiom baru . cepat save dalam brain ampa tu . haha . yang pasti nya dya memang suke buat lawak la . kiranya macam jadik raja lawak la dalam family aku nih . haha . and ayat yang kerap kali keluaq dari mulut dya ialah 'MAK !! AZIZ LAPAQ !!' padahai baru ja beberapa saat tadi mkn nasik . ya nafsu makn dya memang kuat tapi badan tetap tak naik2 jugak . hailoh aziz aziz . huhu .yang best nya jugak kwn aku pon nma sejibik dengan adek aku ni . siap BIN pon sama tu . haha . betapa kecil nya dunia  ini . n dya ni memang fast learner jugak la kat sekolah . harap-harap dya dpat menjadik seorang yang berguna bila besar nanti . aziz jadik la macam engku aziz taw ! baru hebat . tapi kalaw nak jadik macam aaron aziz pertimbangkan dlu yea . hensem sangat tu . satgi banyak pulak peminat . haha .

Auni with d camera n Hannan with d oren ??

d end ~~ jumpa d lain entry . assalamualaikum !!

Saturday, January 15, 2011

First Time Tunggang Moto

assalamualaikum dan salam kebahagiann semua ! ya mari menulis dan membaca kembali ! haha aku tak tawla kenapa aku semangat nak mampus dok tulih mulih blog ni ? tapiii aku rasa semangat aku nih tak la jadik hot hot chicken shit ajew .(tecer sana jgn marah ea . saya guraw je . saya masih ingat setiap apa yang tcer ajar kat saya kat kelas 5 ILHAM dlu) haha . besala aku memang dolu-dolu time sekola aku suka buet macam gitu . bagus kan kan kan habit tersebut ?? hahaha . pande la engko ? ajaran sesat dan tak berpekdah tu . aiyo . baiklah berbalik semula kepada tajuk entry kita pada  saat ini iaitu ~FIRST TIME TUNGGANG MOTOR~ . aku taw sure ramai yang dah gelak guling-guling bila baca tajuk entry aku ni . hahaha . yalah mna tak nya budak yang dajah tiga pon reti naik n bawak moto . ni ag yang dah berumoq nak melangkau abad dan dekad . (hiperbola la tuh) . very koman sepana n playar la ag ni nisa ! hahaha . tapii nak buat macam mana . dah ditetapkan ketentuan sedemikian rupa kat aku . dats is my destiny . belajaq moto time lps spm n bukan upsr . so what ?? aku tak kesah pon and i'm happy with that . yeah ! dats important ! (ayat pasrah) ngee ~

Baiklah tanpa membuang masa dan tenaga serta energy ampa semua baca aku dok merapu kat atas ni meh la aku teruih crita pengalaman aku first time menunggang motorsikal . yehaa !!! gediyyyapp booiii !! (macam asam boi dah jadi nya) haha. ok2 . sampai-sampai saja di pusat memandu tersebut aku dan bebudak yang nak  belaja moto yang lain terus la masuk ke kelas bagi menduduki teori selama 3 jam pasai moto ni . sebaik sahaja aku duduk kat ateh kerusi tu TIBA-TIBA aku rasa mata aku berat gila dah !! aiyoo mengantuk mak !! haha . mna taknya aku tidoq agak lambat pada malam sebelum tu . tetapi aku tetap mengagahkan diri membuka mata selama 3 jam . punya bertungkus-lumuih aku dok set dlm minda ...*nisa !! balik umah ni baru ag tidoq !! jangan tdoq kat dlm kelas ni !! stgi kantoi maluu woo !!...dan akhirnya aku berjaya dengan cemerlang , gemilang ,terbilang dan 1 malaysia nya ! . eh ada kena-mengena ka ? hentam saja* ...lepas abis jew dengaq ceramah 3 jam tu kami pon dibenarkan rehat, masa untuk MAKANNN !! yeay! yeay ! yeay ! dan untuk SOLAT . solat jgn lupa ! solat itu tiang agama !

Selepas selesai mengisi stomach dan menunaikan janji pada-Nya , aku dan kak naherah and  intan pon pegi la ke tempat praktikal moto . kak naherah ni aku jumpa kat sana la . comelll gilerr org nya !! mati-mati aku ingat umo dya sma dengan aku tapi rupa-rupanya dah 21 tahun pon . akak ni memang putih gebu , cute miute ,comeyyy n memang baik gle ,bahasa dya pon mmg sopan . tabik spring aku kat dya ! brtuah spa jadik laki akak ni . hehe . kak sya promote akak sekejap ea ! hihi . ok lah selepas kami semua berkumpul maka cikgu pengajar tu membahagikan kami semua kepada tiga group . group lelaki n group perempuan dan group yang tak reti naik moto langsung !! haha aku lah termasuk dalam group tu !! maluuuu ~~ baiklah aku bagi ruang untuk korang gelak ~~ ha cepat la gelak..dok tahan apa lagi . huh ! tapi aku tetap menabahkan hati dan perasaan aku . control nisa control . ko x reti lagi so buat la cara x reti . jangan la jadik stupid arrogant(bodoshh sombonggghh) ! haha . satgi ko jugak yang rugi . bailah aku dan seorg amoi cute n kwn pompuan aku yang sempoi ni pegila belajaq naik moto untuk kali pertama nya . !! waa !! excited+takot wey !! haha . then cikgu azlan (nama dya klaw x slap) pon ajaqla kami bertiga ni nek moto . mana letak nya gear , brek dan lain2 lagi . dan aku dan kwn2 aku memulakan pembelajaran kami dengan jaya nya !! yabeda beduuu !! aku dah reti naik moto !!! haha . mmg seronok la time tu . Allah je yang tahu perasaan aku . haha . sure korang akan kata aku ni terlebih ajinomoto punya perasaan kan . haha . lantak la . my feeling my right ! tak kaco perasaan korang pon . hehe . chillax ~~

Then selepas telah mempunyai sedikit keberanian dan kekentalan semangat aku dan kwn2 aku pon pegi la ke tempat di mana pelajar2 lain sedang buat test . so kitaorang pon buatla segala mak nenek tokwan oyang yang kitaorang belajaq dalam kelas tadi . selepas mengisi butir-butir peribadi di dalam borang yang pihak lesen tu sediakan maka berakhirlah kelas aku pada hari itu . maka aku dan pelajar-pelajar lain bakal menerima sijil L !. haha . bunyik cam excited ja padahai baru L . pirraahh . haha . eh oke hapa setelah aku berpenat lelah dan bersemput asma belajaq nek moto tu . memang berbaloi la tu . haha . sampai sini saja . assalamualaikum .

haha jaejoong pon baru belajaq moto gak . samala ngan aku . junsu pegang kuat2 !! jaejoong tu budak baru belajaq . satgi ngan ag2 terjun dalam parit ban kot . ngee ~~

cam gini la perasaan aku bila dah habih belajaq moto tu . hahaha mmg tersangat laa LEGAAAA !!!

AkuKenaBeb !!

assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian . baiklah pada entry kali amatlah berkait rapat dengan entry aku yang pasai carik kerja tu . sebelum tu aku nak gelak dulu di atas 'kebijaksanaan' aku yang terlampau membuatkan aku mudah diperdaya oleh orang-orang sekeliling . HAHAHAHAHAHA . padan muka ko nisa ! tula bendul straight marait macam pintu pagaq umah ag lagi . tu yang orang senang kena tipu  tu . haha . adoii aku rasa dah gila dah dok gelak sorang-sorang . baiklah hadirin sekalian aku masih waras dan tidak perlu dihantar ke hospital tanjung rambuten  yea . haha . oke2 berbalik semula kepada tajuk yang sebeno nya . ok2 cerita nya bermula dengan inii........


ye aku memang seorang yang perasan ! tu yang selalu kena buli ~~ haha . gila kerek ayat aku . nak termuntah membacanya . haha . atas ni gambo selingan je and xdak kena mengena antra yang idop ataupun mati ataw yg sedang menulis ataw membaca ini blog . hahaha .

Pada suatu tengahari yang angin nya sepoi-sepoi language . aku tengah dalam proses nak belayar ke Pulau Dudoq. ( mksud nya ak na p tidoq la) . haha . tdoq petang . itulah hobi aku!  eh eh mana ada  . ampa semua jangan dok pcya ckp aku tu . tipu je . haha . ayat2 melarikan diri la tuh . aku bukan pa tengahari tu memang aku penat sangat-sangat sebab aku baru lepas pi amik test komputer untuk lesen . haha . ketaq nak amik exam tu mengalahkan ketaq nak dok SPM taw dak !!! huish memang ketaq gila . haha tapi alhamdulillah aku lulus jua . yea!yea!yea! . jangan kata apa-apa ya apabila membaca perkataan yea-yea tu . don't ever said that i'm like a kid ! kalaw nak kata jgak terpulang ~~ aku tak kesah pon ! like i care ?! . haha .oke2 berbalik kepada cerita yang sebenaq . haha . aku memang suka pusing-pusing bila menulih ni . tapi u guys jangan pusing-pusing ya . tak baik utk kesehatan u all . haha . ketika saat mata aku nak terpejam saja tiba-tiba kringggggggg.....(bunyik anset tu) tapi anset aku xla bunyik macam tu . hanya rekaan semata-mata . nak bagi ampa semua paham ja . hehe . aku pon mengesat-ngesat mata sambil membebel mengalahkan mak nenek kebayan kurung di dlm hati . aku baru nak lena depa p talipon . memang nak kena flying backhand betoi manusia tersebut . haha . aku tengok kat skrin anset aku tu dan nombor yang tertera adalah nombor yang aku tak kenai . ishsss spa pulak ni ?? nak angkat x ? nak angkat x ? nak angkat x ? tetapi pabila memikirkan segala kemungkinan yang si pemanggil itu adalah kakak2 econsave yang nak panggil aku keja maka tanpa membuang masa aku pon angkat sambil meng'kontrol'kan suara penuh keayuan mengalahkan peserta gadis melayu . ngee ~~ berikut adalah perbualan yang terjadik ...

AKU : helo . assalamualaikummm ..ye nak ngomong sama siapa ? (aku x la ckp mcm ni . saja gatai2 nak asah skill berbhsa indon)
SI PEMANGGIL : helo . waalaikumsalam . boleh sya bercakap dengan cik khairunnisaa' ?

*wawah cik tu !! haha . tapi kan yang aku pelik gila2 adalah suara 'kakak' tu garuk semacam ja ..aishh kakak ni dah tukaw jantina ke ? aiyoo ?? haha . tapi aku tetap meneruskan perbualan dengan 'kakak' tersebut .

AKU : ye ni siapa ?
SI PEMANGGIL : sya pegawai di bahagian kemanusiaan ECONSAVE . saya diberitahu yang cik ada memohon pekerjaan di sini . betol ke ?
AKU : ya saya .
SI PEMANGGIL : baiklah kami di sini nak minta serba sedikit tentang maklumat peribadi cik boleh ?
AKU : eh boleh2 ! tadak masalah . nak mintak apa ? cakap2 . hehe
SI PEMANGGIL : aaa boleh sya tahu tinggi cik brape ?

*erk ?? pesal mintak ketinggian segala nih ? aku tak mintak pon nak jadik depa punya ECONSAVE's NEXT TOP MODEL . aiyo . konfius2 ..tapi aku pon jawab jugak ..

AKU : errr.. tinggi saya ialah .........(terpaksa dirahsiakan dari ditulis atas sebab2 tertentu .hehe)
SI PEMANGGIL : eh yeke ? takla tinggi sangat noo .

*eh officer ni awat kalut bebenor ? tinggi aku pon jadik masalah ko ke ? aiyo . konfius2.

AKU : hahahaha (gelak dalam keterpaksaan~masih meng'kontrol' ayu)
SI PEMANGGIL : boleh sya mintak no telefon rumah cik ?

*eh officer ni mintak nombor rumah pulak ? ari tu ku rasa aku dah kasi nombor henfon.tak cukop lagi ke ? dya ni nak anto rombongan meminang ke ? aiyo sori la inchik saya dah ada calon . muahahahaha..tapiiiiii aku kasi jugak la ..

AKU : nombor tepon rumah sya ialah 04-9999999.
SI PEMANGGIL : ouh oke2 . terima kasih ..

*then officer tu diam punya lama .... and aku dengaq ada macam2 3 suara sumbang kalah katak ON dok gelak kat ujung talian ..konfius2 .

AKU : eh inchik are u still there ?? helo helo ? testing testing 1 2 3 .
SI PEMANGGIL : HAHAHAHA . weyh nisa ag tak kenai aku ka ? HAHAHAH
AKU : eh sapa ni ?
SI PEMANGGIL : ag takkan tak cam sora aku kot ?
AKU : eh tak cam la . ni spa nih ??
SI PEMANGGIL : amboiii mentang-mentang la dah habih sekola sampai kawan pon ag lupa no . ish2 ...
AKU : aiyo spa ni ? jawabla bowl ! ( akibat api kemarahan terlalu memuncak)
SI PEMANGGIL : wow ! riliek2 . cool2 . ni aku la MAD .
AKU : what the frog ??? arghhh !! awat ag mengada nak mampus . memang dasar awan kumolonimbus ! potassium cyanide ! evil mengalahkan voldermort ! dahla mati-mati aku dok pecaya . aiyo .
SI PEMANGGIL . haha . rilek2 . saja nak melawak ngan ag tengah2 ari ni . sebab ag tu senang pecaya kat orang tu yang aku buat tu . HAHAHA . LuKenaBeb !!
AKU : hailoh-hailoh sampai hati ag no . yalah2 AkuKenaBeb ~~ ..
SI PEMANGGIL : ok lah ak letak dulu . sebelum tu aku mintak maap sgt2 no . saja nak melawak ngan ag . sori ya ! hehehe .
AKU : pandaila ag . dah pekena aku KAW-KAW punya then kalut dok mintak maap . dahla aku tak kesah la . ada ubi ada batas ada hari aku balas no !! hahaha .
SI PEMANGGIL : hari-hari melawat tugu , aku sntiasa dok tggu ! haha . k assalamualaikum
AKU : ceit ! ya2 waalaikumsalam .

..........................................................................................................


pergh !! memang aku kena kaw-kaw betoi ngan kawan aku tu . adoyai apalah nasib ko nisa .haha . tula ape pasal ko bendul sangat . tapiiiii tak salah kan jadik bendul ni . yela bukan aku yang mintak pon tapi dah memang aku senang pecaya kat orang .huhu . being such a bendul is not a crime tapi biaqla ada masa and sesuai dengan keadaan . tak bole straight to d point sgt . hailoh-hailoh aku akan lebih berwaspada lepas ni . ..


sebelah kanan sekali tu lah inchik kepala potasiium cyanide +awan kumolonimbus + bapak voldermort
memang aku nak bagik flying kick ja nih !! haha . ni gambo bahas negeri thn lps . kitaorg dapat no-3 ja .tapii alhamdulillah la . rezki msg2 . Allah dan tetapkan .baiklah meh aku perkenalkan YANG BERHORMAT2 kat atas ni .
dari kiri : izzat (menteri ke-4) , suhaiza (menteri ke-5) , nur hidayah jamaludin ( menteri ke-3) . aku , khairun nisaa' (menteri ke-2) , nur muhammad a.k.a bapak voldermort ( perdana menteri /ketua pembangkang)
~credit to ZARUL SUKRI a.k.a pembimbing n photographer yang mmg TERBAIKKK !!~

Wednesday, January 12, 2011

great MEAL for our SOUL

assalamualaikum dan salam tengahari .
Baiklah bersempena dengan tengahari yang mulia ini saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya akan mewujudkan satu entry setiap minggu  berkenaan dengan tajuk di atas iaitu great MEAL for our SOUL . apesal tetiba aku jadik formal katak ni ? aiyo . baiklah sebenaqnya aku nak habaq (bagitaw) kat ampa semua yang aku akan mewujudkan satu entry berkenaan santapan jiwa . ya2 sebagai manusia biasa kita mestilah sentiasa muhasabah diri kan . takkan sepanjang masa nak HUUU HAAA ja kot . ish2 . itu dah bukan cara hidup sebagai seorang muslim atau muslimah yang baik . sedangkan Umar al-khattab yang dijanjikan syurga pon buat muhasabah diri sampai 2 kali dalam sehari , inikan pulak kita manusia biasa yang banyak buat dosa . hal ini kerana , kita MESTI , WAJIB  ingat yang kematian akan menjemput kita bila-bila masa tak kira tempat , masa atau berapa umoq kita .justeru kita for sure la kena banyak perbetoi diri supaya sentiasa berada di jalan yang lurus . walaupun mungkin majoriti banyak entry yang bakal aku tulis ini di ambil dari mana-mana sumber seperti majalah atau buku atau internet . tapi bagi aku x salah kan kalau kita nak share kat sini . sebab aku taw ada 2 3 orang yang memang malas gila nak baca buku sebab itu mungkin akan membuatkan kita tersenggok-senggok menyujud lantai pabila memegang buku . heee ~~termasuklah aku .haha . pecah rahsia dah . so kita ambik jalan mudah kita baca kot komputer ja . time2 dok online facebook ke , tweeter ke , myspace ke , atau apa2 lagi sambil2 la kita bukak laman2 yang boleh dijadikan santapan jiwa atau rohani kita . maka nya , kita dah lakukan dua keja dalam satu masa , sambil menyelam minum ayaq (air) , kill two birds with one stone . kan kan kan ??rights ? rite ? rite ? haha .baiklah tanpa berletiaq (berleter) terlalu panjang MEAL kita pada hari ini dipetik dari majalah SOLUSI isu no. 27 dengan tajuknya


MUHASABAH : SOALAN BOCOR !!!

Kita semua sudah maklum , bahawa setelah nyawa berpisah dari jasad , tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi manusia , malaikat akan hadir dan kita akan ditanya soalan-soalan yang lazim telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan SAKARATULMAUT . soalan-soalan itu ialah SOALAN BOCOR .

1. Siapa Tuhan kamu ?
   ALLAH s.w.t

2. Apa agama kamu ?
   ISLAM

3. Siapa nabi kamu ?
   RASULULLAH s.a.w.


Ya , kita pasti kita tahu jawapannya . tetapi kita harus faham satu perkara . ALAM BARZAKH dan  AKHIRAT adalah alam yang sama sekali tidak sama dengan kehidupan dunia . 
Lantaran itu , andai kita rasakan menjawab soalan ini sama seperti menjawab soalan peperiksaan , maka kita silap besar . Kekuatan ingatan , kecerdasan minda dan tahap pendidikan takkan menjamin kita mampu menjawab kesemua soalan tersebut dengan cemerlang.
Apa yang menentukan ialah AMALAN kita di dunia . oleh sebab itu , bagi menjawab soalan di atas dengan cemerlang , perhatikan pelan tindakan di bawah :

SOALAN : Siapa Tuhan kamu ?
JAWAPAN : Tauhidkan ALLAH . sembah dan laksanakanlah ibadah sebaiknya .

SOALAN : Apa agama kamu ?
JAWAPAN : Jadikan ISLAM sebagai cara hidup .

SOALAN : Siapa nabi kamu ?
JAWAPAN : Menyayangi RASULULLAH s.a.w. dan mengikuti sunah baginda .


Baiklah sampai sini saja kot . renung-renungkan dan selamat BUATTTT !!!

~jalan2 cari kerja ~

assalamualaikummm !!! yuhuu . haha sudah lama aku tidak merajinkan diri menulis blog . hal ini kerana ya tuan-tuan , puan-puan , adik-adik , abg-abg , akak-akak .( eh gaya aku dh macam emcee anugerah teens award la pulak ) . aiyo . perasan suda ~ haha . oke hal ini kerana , aku terlalu malas duduk , berdiri , baring , guling2 di rumah . tidak tahu apa yang hendak dilakukan . memandangkan aku sekarang telah graduate ataw dalam erti kata lain telah dinobatkan sebagai pelajar lepasan SPM . hehe . oke aku boring sgt2 duduk di rumah . bila tanya kawan2 aku ramai yang kata dah keja . keja kat kilang la . kedai perabot la . kedai bahulu la . kedai KFC la ? kedai ke ataw restoran ? uhuu hentam saja la . haha . and my besttiesss buddieess pon dah keje jugak . FATHIAH RAIHANA . dya keje kat kedai tudung n kerongsang segala bagai rupa , bentuk , warna dan jenama . hehe . jeles sekali . sebabbbb aku pon nak keje jugak . huhu . ari tu dah pegi jalan2 pusing2 kat econsave cari keja kosong then dapat la 3 buah . aku pon tanya la akak2 kat situ ..

PERBUALAN 1 .
AKU : akakk .. kat sini ada keje kosong x ? ( sambil membuat muka comel )
AKAK 1 : ermm sori la dik . akak bukan toke kat sini . akak x tawu la .
AKU : eh , yeke ? oo toke nye mana kak ? (sambil membuat muka penuh pengharapan)
AKAK 1 : oo toke nye keluaq la dik . pegi cari almari baru . adik nak keja kat sini ke ?
AKU : a'ah la kak . datang nak carik keja la . sementara tunggu result SPM keluar . akak nanti kalaw toke tu balik bole tanya dia ada keje kosong x ? taw taw tanya taw . jgn x tnya . hehe .
AKAK 1 : oh oke . jangan risau . nanti akak tnya .
AKU : terima kasih  kak . sya jalan dlu ea . baiii .. hehe


Maka aku pon membawa hati yang lara berjalan bersama-sama FATHIAH  mencari kedai lain .....dan tiba2 ..

PERBUALAN 2
AKU : kak .... kat sini ada keje kosong x ? (sambil membuat muka adorable )
AKAK 2 : oh buat masa ni belum ada lagi la dik .
AKU : oh yeke ? ermm .. xpela ..

ketika ak berpaling dan siap sedia untuk berlalu . tiba2 .

AKAK 2 : eh dik nama apa ? bagi nama dan no telefon nanti kalau ada kosong aka call adik yea ? .
AKU : eh yeke kak ? (meloncat dlm hati seperti kanak2 ribena) ..oke2 . nama sya Khairun Nisaa ... dan no  talipon sya 017-9999999  . terima kasih kak !! syg kak ! hehe .
AKAK 2 : sama2 . nanti kalau ada akak talipon ea .
AKU : oke . sya pegi dulu kak . assalamualaikum .


Berbekalkan dan bertupperware kan keazaman dan kesungguhan yang kental lagi utuh seperti tembok cina . aku terus berjalan-jalan di sekitar kedai econsave itu ..maka ...

PERBUALAN 3 
AKU : akakkkkk kat sini nak guna org x ? (sambil membuat muka innocent penuh pengharapan)
AKAK 3 : eh ada2 . bagi dekat akak nama dan no talipon adik .
AKU : eh yeke kak ?? ( sonok2.. tnpa menunggu walau sesaat dan sedetik) nma sya khairun nisaa . dan no talipon sya ialah 017-9999999 .
AKAK 3 : eh adik dok mne yea ?
AKU : sya dok dekat taman ........ ( taman aku dgn econsave tu 5 minit ja nak sampai )
AKAK 3 : erm jauh la jgak tu .
AKU : (what ??!!! jauh ??) eh x la jauh sangat kak .5 minit dah sampai .
AKAK 3 : hehe . oke2 nanti apa2 akak talipon yea . terima kasih dik .
AKU : sama2 kak !!

akhirnyaa .. aku pon pegi la duduk2 lepak2 sembang sama my mama . haha ataw my bestfren la . maklum la walaupun dah 2 minggu tak jumpa tapi dah rasa macam 2 dekad tu . hehe . kitaorang pon gebang2 la pasai macam2 . contohnya pasai cerita BF masing2 . HAHA . ada BF ka ? aiyo mana ada orang nak ko tu nisa . jangan perasan la . muahahahaha . and yang paling best kitaorg gebang pasal TVXQ la !!!!! hehehe


ni la TVXQ ..hehe comey kan kan kan ?? angguk cepat ! kalaw tidak x maw kawan ngan ampa . haha . pesal kerek semacam ayat aku . haha . abaikan . series diorang ni memang damn hensem+comey+smart+cute miute dan yang sewaktu dengannya . and macam kawan aku , fathiah cakap depa punya brotherhood memang strong gila2 . tapi sayang nya terpaksa berpisah atas sebab ada pihak yang tidak bertanggungjawab memisah kan mereka . errmm .. ak harap sgt2 depa dapat bercantum semula . keep the faith guys !! i love u sooo mucchhhh !! haha . keluaq dah ayat2 obses aku . haha . abaikan yea . x penting pon . saja nak meluahkan perasaan . depa ni dah berpecah kepada dua kumpulan iaitu yang first ..


maka tertubuh lah JYJ yang dianggotai oleh : xiah junsu , hero jaejoong and micky yoochun ...
 yang kedua pula ..


TVXQ / HOMIN yang dianggotai oleh : max changmin and u-know yunho ajew . uhu . sedeyhh ..

okeihhh . lap semua ayaq mata . x elok nangis2 . buruk muka jadi nya . haha . ok la takat nie jelah entry ni . salammm .. 

p/s : nak makan makaroni bakaq ..hehe sapa2 nak join ???