Wednesday, January 12, 2011

great MEAL for our SOUL

assalamualaikum dan salam tengahari .
Baiklah bersempena dengan tengahari yang mulia ini saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya akan mewujudkan satu entry setiap minggu  berkenaan dengan tajuk di atas iaitu great MEAL for our SOUL . apesal tetiba aku jadik formal katak ni ? aiyo . baiklah sebenaqnya aku nak habaq (bagitaw) kat ampa semua yang aku akan mewujudkan satu entry berkenaan santapan jiwa . ya2 sebagai manusia biasa kita mestilah sentiasa muhasabah diri kan . takkan sepanjang masa nak HUUU HAAA ja kot . ish2 . itu dah bukan cara hidup sebagai seorang muslim atau muslimah yang baik . sedangkan Umar al-khattab yang dijanjikan syurga pon buat muhasabah diri sampai 2 kali dalam sehari , inikan pulak kita manusia biasa yang banyak buat dosa . hal ini kerana , kita MESTI , WAJIB  ingat yang kematian akan menjemput kita bila-bila masa tak kira tempat , masa atau berapa umoq kita .justeru kita for sure la kena banyak perbetoi diri supaya sentiasa berada di jalan yang lurus . walaupun mungkin majoriti banyak entry yang bakal aku tulis ini di ambil dari mana-mana sumber seperti majalah atau buku atau internet . tapi bagi aku x salah kan kalau kita nak share kat sini . sebab aku taw ada 2 3 orang yang memang malas gila nak baca buku sebab itu mungkin akan membuatkan kita tersenggok-senggok menyujud lantai pabila memegang buku . heee ~~termasuklah aku .haha . pecah rahsia dah . so kita ambik jalan mudah kita baca kot komputer ja . time2 dok online facebook ke , tweeter ke , myspace ke , atau apa2 lagi sambil2 la kita bukak laman2 yang boleh dijadikan santapan jiwa atau rohani kita . maka nya , kita dah lakukan dua keja dalam satu masa , sambil menyelam minum ayaq (air) , kill two birds with one stone . kan kan kan ??rights ? rite ? rite ? haha .baiklah tanpa berletiaq (berleter) terlalu panjang MEAL kita pada hari ini dipetik dari majalah SOLUSI isu no. 27 dengan tajuknya


MUHASABAH : SOALAN BOCOR !!!

Kita semua sudah maklum , bahawa setelah nyawa berpisah dari jasad , tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang cukup asing bagi manusia , malaikat akan hadir dan kita akan ditanya soalan-soalan yang lazim telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan SAKARATULMAUT . soalan-soalan itu ialah SOALAN BOCOR .

1. Siapa Tuhan kamu ?
   ALLAH s.w.t

2. Apa agama kamu ?
   ISLAM

3. Siapa nabi kamu ?
   RASULULLAH s.a.w.


Ya , kita pasti kita tahu jawapannya . tetapi kita harus faham satu perkara . ALAM BARZAKH dan  AKHIRAT adalah alam yang sama sekali tidak sama dengan kehidupan dunia . 
Lantaran itu , andai kita rasakan menjawab soalan ini sama seperti menjawab soalan peperiksaan , maka kita silap besar . Kekuatan ingatan , kecerdasan minda dan tahap pendidikan takkan menjamin kita mampu menjawab kesemua soalan tersebut dengan cemerlang.
Apa yang menentukan ialah AMALAN kita di dunia . oleh sebab itu , bagi menjawab soalan di atas dengan cemerlang , perhatikan pelan tindakan di bawah :

SOALAN : Siapa Tuhan kamu ?
JAWAPAN : Tauhidkan ALLAH . sembah dan laksanakanlah ibadah sebaiknya .

SOALAN : Apa agama kamu ?
JAWAPAN : Jadikan ISLAM sebagai cara hidup .

SOALAN : Siapa nabi kamu ?
JAWAPAN : Menyayangi RASULULLAH s.a.w. dan mengikuti sunah baginda .


Baiklah sampai sini saja kot . renung-renungkan dan selamat BUATTTT !!!

2 comments:

Unknown said...

Masya-Allah.. :D

khairun nisaa' said...

huhu . soalan bocor ~~kalaw soalan bocor spm kalut ja nak taw tapi soalan bocor ni x bpa nak amik taw sgt . huhu